PERPADUAN ANTARA KAUM ADALAH PEMBANGUN TRANSFORMASI NEGARA

Negara yang mempunyai berbilang kaum sangat memerlukan usaha-usaha untuk memupuk perpaduan kaum bagi membina negara yang harmoni.Langkah-langkah mengeratkan perpaduan di antara pelbagai kaum yang ada di Malaysia ini sangat penting bagi mengelakkan berlakunya rusuhan antara kaum Justeru itu, kepelbagaian kaum ini haruslah diraikan dan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu saling tolong menolong antara kaum "bagai aur dengan tebing untuk sama-sama hidup dalam persekitaran hidup yang sihat dan aman makmur. Menurut kata Perdana Menteri yang ke-6, hubungan yang baik lagi eral serta rencaman sesama kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah "bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat





__________________________________________



GAMBARAN MALAYSIA PADA HARI INI


>MENARA BERKEMBAR PETRONAS<


>SALOMA BRIDGE<



APAKAH ITU PERPADUAN?

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakat.

Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.



CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN







KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN

Perpaduan kaum juga memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pembangunan negara. Jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan rakyat, sambil meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.

Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.


KESAN PERPADUAN KEPADA NEGARA



-DAPAT HIDUP DENGAN SUASANA YANG AMAN DAN DAMAI

-MEMAJUKAN NEGARA



ANTARA ACARA YANG DAPAT MENGUKUHKAN PERPADUAN DI SEKOLAH


SAMBUTAN PERAYAAN DI SEKOLAH

SAMBUTAN KEMERDEKAAN DI SEKOLAH



SILA TEKAN:)

Comments

  1. Bagus sungguh blog ini

    ReplyDelete
  2. Anak muda yang kita inginkan...teruskan usaha anda untuk kekalkan perpaduan!!

    ReplyDelete

Post a Comment